Monday, November 15, 2010

Kenangan.......

كل نفس ذائقة الموت
Tersentak seketika mendengar perkhabaran yang tidak disangka.Terasa berhenti denyutan jantung.Benarkah?Usai mesyuarat petang 12.11.10,bergegas melihat persiapan untuk jamuan akhir thn tkt 5.Jamuan yang dibuat tergesa-gesa dengan budjet yang agak kecil.Mohon maaf kpd semua atas jemputan yang tidak menyeluruh.Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakannya.

Berita diterima sememangnya benar.No didail untuk kepastian.Menerima berita serupa, sebelum ini tidak sesedih menerima berita pemergian Wanjan.Hingga saat catatan ini ditulis airmata pasti mengalir.Entah kenapa saya sendiri tidak pasti.Sayangkah saya padanya??Ya....saya sayang semua anak didik saya terutama team nasyid .Jujur saya katakan 1998 hingga 2010 ,team 2007/2008 paling dekat dihati dan mereka anak2 yang mudah diurus.Apapun pemergian arwah semakin menyedarkan saya betapa Allah kasih pada hambanya yang "baik2".Entah bila giliran kita dan bagaimana keadaan kita tika dijemput kembali menemui PENCIPTA.Moga Allah merahmati arwah dan merahmati serta meredai tiap detik perjalanan hidup kita dibuminya yang sementara ini.Ameen.

Wednesday, October 6, 2010

Selesai sudah.....

Lega rasanya setelah sekian hari bertungkus lumus menanda kertas trial SPM akhirnya selesai jua.Kertas PAI PMR juga sudah dijawab.Moga2 anak pelajar sekelian dapat menjawab dengan baik.Harapan yang tak pernah kunjung padam meski kadang hati tercalar dengan feel mereka .Peperiksaan UPKK juga sudah hampir kepenghujung.Moga anakanda tercinta dapat menjawab dan mendapat keputusan cemerlang.Masih berbaki empat peperiksaan yang perlu dilalui.Berkejaran dengan masa,terasa begitu lelah.Moga-moga Allah campakkan kekuatan untuk insan kerdil ini.Bersihkan hati ini ya Rabb,agar kerja buat ini untuk mencari redamu ,bukan mengharap sanjungan manusia.Banyak program yang dirancang tergendala,Kehidupan sosial agak terbatas.Berkunjung ke rumah jiran sebelah pun tidak sempat.Itulah harga yang perlu dibayar atas kesibukan yang kita cipta.Sementelah usia semakin meningkat kecerdasan dan kecergasan juga terbatas.Menggapai impian tidak semudah yang kita sangkakan..........bantu hambamu Ya Rabb.

Sunday, September 12, 2010

Sudah lama tak update blog.sesekali rasa mcm buang masa pulak , tapi bila terbaca satu artikel dalam majalah anis,semangat kembali berbunga untuk melakar kenangan biar hanya untuk diri sendiri.Detik masa yang berlalu tidak mungkin berulang kembali.Andai terbuang sia-sia maka rugilah hidup kita.....والعصر،إن الإنسان لفى خسر

Monday, July 26, 2010

Mampukah aku menjadi dia

Masih banyak yang perlu dipelajari.Begitu luas ilmu Allah.semakin belajar makin terasa jahilnya diri.Terima kasih kepada insan yang begitu memahami........Kadang2 sayu hati melihat anak2 yang sedikit terabai.Ibu yang tak dapat kujaga sepenuh hati.Selayaknya dia dinobatkan ibu mithali.Tidak pernah kudengar keluhan biarpun pulangnya tidak bersarapan.Maafkan anakmu ibu.Sibuk benarkah aku?

Julai ini sememangnya agak sibuk dengan pelbagai program.Sementelah kuliah baru bermula.Bermulalah episod kadang2 tak tidur....Letihnya!Tapi apalah dayaku.Mcm iklan tv"bekerja bagai mesin".untuk menulis pun terpaksa curi2 masa.Catatan semalam tidak selesai bila anak2 sibuk nak mkn mee goreng.Pkl 10mlm nak mkn mee?hajat mereka terpaksa kutunaikn,sudahnya catatan tidak selesai.Malam ni ingat nak tdo awal sikit.Sah bos akan ronda waktu pertama dan aku tidak mahu menjadi mangsa.Sekali lagi impian tak mungkin menjadi kenyataan.Hampir 3 pagi,anak kecil yang kutinggalkan sebelum maghrib tadi tidur lena ,kini bangun bermain dengan gembiranya.Tertangguh lagi catatan ini..........

Sunday, July 25, 2010

Terdayakah aku.........

Akhirnya...tercapai jua impian untuk memiliki blog sendiri.Sekadar mahu mencatat dan menggilap kembali bakat terendam yg diwarisi drpd ayahanda tercinta.Setelah hampir 16 tahun ,sekembali dari lembah Nil kulupakan segalanya....Mungkin kerana hambatan kerja ,tugasan hidup yang terlalu mendesak atau sebenarnya kegagalan mengurus masa?Entahlah....Sukar untuk mencari jawapan yang tepat.Terima kasih sekali lagi untuk sifuku atas kesudian menjadikan impian sebuah kenyataan.Sir Ram(bukan Seram)Biarpun waktu rehatnya di"curi' namun dia dgn senang hati memenuhi permintaan kakaknya yang rabun IT ini.TQ,Shukran,Terima Kasih dll.

Baru cuba untuk menulis petang tadi,terlihat call yg tidak berjawab.Mak pening lagi....darah naik agaknya.Balik ke bilik,oh tidak!Pintu bilik berkunci dan kunci ada dalam bilik.dugaan apakah ini?
Ke pejabat nak punch,eh?kenapa ditulis cuti?Huh berdebat pulak dengan kerani.menjadi jujur salah,tidak jujur sememangnya salah.Sepanjang perjalanan pulang kutahan airmata dari menitis.Alangkah ........ tidak terluah dek kata.Kubina semangat diri dengan memujuk hati.Ujian tandanya Allah sayang.

Saturday, July 24, 2010

Sir Rammmm.....

Inilah Sir Ram... sifu ku....

Ahlan Wasahlan.....

Berjaya juga aku mempunyai blog sendiri..... setelah begitu lama ku impikan.... terima kasih Sir Ram....

Shukran SirRam...