Masih banyak yang perlu dipelajari.Begitu luas ilmu Allah.semakin belajar makin terasa jahilnya diri.Terima kasih kepada insan yang begitu memahami........Kadang2 sayu hati melihat anak2 yang sedikit terabai.Ibu yang tak dapat kujaga sepenuh hati.Selayaknya dia dinobatkan ibu mithali.Tidak pernah kudengar keluhan biarpun pulangnya tidak bersarapan.Maafkan anakmu ibu.Sibuk benarkah aku?
Julai ini sememangnya agak sibuk dengan pelbagai program.Sementelah kuliah baru bermula.Bermulalah episod kadang2 tak tidur....Letihnya!Tapi apalah dayaku.Mcm iklan tv"bekerja bagai mesin".untuk menulis pun terpaksa curi2 masa.Catatan semalam tidak selesai bila anak2 sibuk nak mkn mee goreng.Pkl 10mlm nak mkn mee?hajat mereka terpaksa kutunaikn,sudahnya catatan tidak selesai.Malam ni ingat nak tdo awal sikit.Sah bos akan ronda waktu pertama dan aku tidak mahu menjadi mangsa.Sekali lagi impian tak mungkin menjadi kenyataan.Hampir 3 pagi,anak kecil yang kutinggalkan sebelum maghrib tadi tidur lena ,kini bangun bermain dengan gembiranya.Tertangguh lagi catatan ini..........
Perjuangan seorang Isteri, Guru, Ibu dan pelajar.....
ReplyDelete