Terdayakah aku.........
Akhirnya...tercapai jua impian untuk memiliki blog sendiri.Sekadar mahu mencatat dan menggilap kembali bakat terendam yg diwarisi drpd ayahanda tercinta.Setelah hampir 16 tahun ,sekembali dari lembah Nil kulupakan segalanya....Mungkin kerana hambatan kerja ,tugasan hidup yang terlalu mendesak atau sebenarnya kegagalan mengurus masa?Entahlah....Sukar untuk mencari jawapan yang tepat.Terima kasih sekali lagi untuk sifuku atas kesudian menjadikan impian sebuah kenyataan.Sir Ram(bukan Seram)Biarpun waktu rehatnya di"curi' namun dia dgn senang hati memenuhi permintaan kakaknya yang rabun IT ini.TQ,Shukran,Terima Kasih dll.
Baru cuba untuk menulis petang tadi,terlihat call yg tidak berjawab.Mak pening lagi....darah naik agaknya.Balik ke bilik,oh tidak!Pintu bilik berkunci dan kunci ada dalam bilik.dugaan apakah ini?
Ke pejabat nak punch,eh?kenapa ditulis cuti?Huh berdebat pulak dengan kerani.menjadi jujur salah,tidak jujur sememangnya salah.Sepanjang perjalanan pulang kutahan airmata dari menitis.Alangkah ........ tidak terluah dek kata.Kubina semangat diri dengan memujuk hati.Ujian tandanya Allah sayang.
No comments:
Post a Comment